ni mgkn malam last kt UMT sebagai Pelajar Jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan tahun 1 dan banyak kenangan pahit dan manis terukir di sini sepanjang 2 semester. Tawa, riang, air mata, kekecewaan, dan banyak lagi perasaan bersama rakan, akan selamanya kekal dalam ingatan semua orang, hendaknya. Memang emosi itu adalah sesuatu yang misteri, kerana emosi lah yang membezakan siapa kita. Dengan emosi, seseorang tu mampu terbang jauh, melangkau awan menuju langit tinggi, mungkin melangkah gunung ke lubuk intan, dan mungkin juga sekadar tersadai lemah tak bermaya, menunggu masa menentukan segalanya.
bagi sebahagian dari kita, setiap detik adalah peluang yang tidak harus disia-siakan. kerana detik yang berlalu itu, tidak akan pernah kembali. bagi sebahagian pula, detik-detik itu umpama roda, berputar pada satu bulatan yang tidak pernah bertemu penghujungnya. Begitulah aku mendefinisikan masa dan peluang. keduanya saling melengkapi, sebagaimana Adam yang melengkapi Hawa di Syurga. Tanap Adam, siapalah Hawa, dan sebaliknya. peluang akan sentiasa ada,