skip to main | skip to sidebar

perjalanan

Pages

  • Home

Tuesday, April 13, 2010

konklusi II

ni mgkn malam last kt UMT sebagai Pelajar Jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan tahun 1 dan banyak kenangan pahit dan manis terukir di sini sepanjang 2 semester. Tawa, riang, air mata, kekecewaan, dan banyak lagi perasaan bersama rakan, akan selamanya kekal dalam ingatan semua orang, hendaknya. Memang emosi itu adalah sesuatu yang misteri, kerana emosi lah yang membezakan siapa kita. Dengan emosi, seseorang tu mampu terbang jauh, melangkau awan menuju langit tinggi, mungkin melangkah gunung ke lubuk intan, dan mungkin juga sekadar tersadai lemah tak bermaya, menunggu masa menentukan segalanya.
bagi sebahagian dari kita, setiap detik adalah peluang yang tidak harus disia-siakan. kerana detik yang berlalu itu, tidak akan pernah kembali. bagi sebahagian pula, detik-detik itu umpama roda, berputar pada satu bulatan yang tidak pernah bertemu penghujungnya. Begitulah aku mendefinisikan masa dan peluang. keduanya saling melengkapi, sebagaimana Adam yang melengkapi Hawa di Syurga. Tanap Adam, siapalah Hawa, dan sebaliknya. peluang akan sentiasa ada,
Posted by aku adam at 6:30 AM 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, April 11, 2010

menjelang cuti...

cuti is just around the corner,
tp nape semangat nk cuti xde lg ni,hurmm,
adakah sbb [stress exam] lom abes?atau da masalah laen yang bersarang lam otak aq??xpom da bnda buruk or xbest bakal berlaku masa cuti ni...since tu sumer di luar kawalan aq, so aq berserah dan tunggu je sebabnye...

hari ni 9hb,
last day exam, paper navigasi dan kepelautan, bunyi cm gempak tp memg gempak pom, study dh la cm ape, soalan pun same gak, sakitttttttt nk tgk masa depan result aq sem 2 ni....
tp aq x expect banyak untuk sem ni coz aq tahu cmne prestasi aq,
"when the whole atmosphere around me were completely changed, i must or at least, i have to adept to the new surrounding that wrapped around me"
tu antara baris-baris speech pertama aq bg subject public speaking, introduction speech,..
xpe la, aq nk lupekan je ape yang dah berlaku untuk sem 2 ni, sebab bila difikirkn balik, memang salah aq,..

cuti ni aq plan nk keje, hahahaha. tp siyes bila aq tnye balik keje pe yang aq mampu buat slaen mkn, tido, mkn, n tido lg..aq xmampu jawab.
hurmm,.pape pun, aq mesti cari kerja, at least masa cuti ni x terbuang gitu je, cm cuti-cuti yang lpas...first option aq nk cari apply keje kt kdai ikan perhiasan, hehehehe
sesuai la ngan budak ikan cam aq, n I hope to gain some experience there,.tu dah kire cam merit bagi aq utk mnempuhi alam pekerjaan nanti.
gaji?xkisah la, yang penting aq keje kt tmpat yang aq suka, kdai ikan.hehehehe.
ingat lak time kecik2, pntang nmpk kdai ikan perhiasan, msti nk g msok dlm, tgk ikan dlm akuarium yang berenang-renang. hurm, xsngka lak jd masa dpan aq kn,hehehe. best3x.

Posted by aku adam at 7:05 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, April 4, 2010

hari menyulam kata sedunia

jam 0650, bulan masih bertenggek di kaki ufuk, enggan berganjak sedang waktu hanya berdiam diri, tidak pula mengiakan atau menidakkan tindakan itu. Nun, jauh di sana, sebiji bola sekadar memerhati, barangkali sedang berfikir, apakah hari ini sama seperti sebelumnya. Di satu sudut lain pula, jauh dari naluri kemanusiaan, seekor semut berjalan tabah, mengheret erti dan makna disebalik kemahuan, kerana si kecil itu tahu, tanpa kemahuan itu, apakah dunia bisa melihatnya sebagai satu ciptaan yang Maha Agung. Kenari riang mengalunkan irama-irama kasih, dan kerana kasih itulah, sang purnama mengalah. Lalu, matahari menyusur pantas di ufuk timur, menyapa bayu pagi yang sejak mula mengatur cermat langkah demi langkah, menuju puncak kegemilangan salju yang mendamaikan hati tiap makhluk yang bernama manusia. Setiba di singgahsana, sang suria mula melirik senyum, memancarkan cinta dan sayang, sebagaimana kasih sang kenari yang bisa menewaskan sang purnama. Damai pagi adalah sebuah pentas, yang pemainnya adalah emosi dari kedamaian ciptaanNya, menyusun tari gemalai yang bersahaja.
Posted by aku adam at 3:50 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Labels

  • se (1)

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ▼  2010 (15)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ▼  April (3)
      • konklusi II
      • menjelang cuti...
      • hari menyulam kata sedunia
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Followers

Powered by Blogger.

featured-content

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ▼  2010 (15)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ▼  April (3)
      • konklusi II
      • menjelang cuti...
      • hari menyulam kata sedunia
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

About Me

My photo
aku adam
hidupku cm kuda belang, da warne itam, da warna putih. dan yg plg penting,.kuda belang tu comel, cm idop aq!!
View my complete profile

Links

  • se (1)

Links

  • se (1)

Search

Copyright Text

 
Copyright (c) 2010 perjalanan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes